Friday, February 18, 2011

Ini polisi Syarikat Otak Aku Sdn.Bhd..

Polisi baru syarikat aku.



Etika berpakaian:


1)Kamu dikehendaki datang ke opis dengan memakai pakaian mengikut taraf gaji kamu


2)Jika kamu memakai baju dan beg mewah dan canggih,
aku akan andaikan kamu seorang yang berada dalam kedudukan kewangan yg bagus,


jadi kamu tidak memerlukan kenaikan gaji.

3) Jika kamu memakai pakaian yang selekeh,
kamu sepatutnye belajar untuk berjimat supaya kamu mampu untuk membeli baju yang cantik dan kemas untuk ke opis,


jadi kamu tidak memerlukan kenaikan gaji.

4) Jika kamu berpakai ala kadar je,
kamu memang tidak memerlukan ape-ape perubahan terutama bab gaji,


jadi kamu mmg tidak memerlukan kenaikan gaji.




Cuti Sakit (MC)


Aku takkan terima ape-ape surat MC daripada doktor, baik doktor swasta mahupun kerajaan.

Sebab bagi aku kalau kamu larat nak jumpe doktor untuk ambik surat MC,


bermaksud kamu larat juga untuk datang ke opis...




Cuti Tahunan (AL)


Setiap pekerja diberikan cuti sebanyak 104 hari setahun.


Cuti-cuti tersebut dipanggil sebagai hari Sabtu & Ahad.


Tupun kalau aku approve cuti tuu.....




Waktu break untuk ke tandas.



OK. yang ni agak strict.


Setiap pekerja diberikan masa selama 3minit setiap kali masuk ke tandas.
Habis je 3 minit tu, pada minit yang terakhir,
akan ade alarm berbunyi,
air paip akan terus terhenti,
pintu toilet akan terbuka secara tiba2 dan gambar korang akan di snap!!

Untuk kesalahan kali kedua, sesiapa yang didapati tersenyum ketika kamera tgh snap,
gambar kamu akan ditampal di papan buletin opis bawah kategori polisi kesihatan mental syarikat.




Waktu lunch


Pekerja yang kurus, diberikan masa rehat lunch selama 30minit.
Supaya mereka boleh dapat menikmati lunch dgn banyak bagi menjadikan badan mereka kelihatan sihat.


Pekerja yang bersaiz normal, mendapat 15minutes waktu lunch sebab mereka memerlukan diet yang seimbang bagi mengekalkan bentuk badan diorang.




Pekerja yang chubby, akan dapat 5 minit sahaja waktu lunch, 



sebab tu je masa yang diperlukan untuk minum Slim-fast.





Terima kasih diatas kesetiaan anda terhadap syarikat kami.
Polisi-polisi ini diwujudkan untuk pesekitaran kerja yang positif. 

Jadi sebarang soalan, komen, pertanyaan, komplen, kekecewaan, kejijikan, atau kebimbangan atau cadangan,




sila salurkan ke tempat lain.



Yang benar,


Aku..


BOss.

5 comments:

  1. "Ada aku kesah? Bos je la sorg ikut rules tu!
    okaythanksbye!

    ReplyDelete
  2. OK. reject! anda tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke walk-in-interview syarikat otak aku sdn.bhd. Gi main masak2 sane...syuhhhh...

    ReplyDelete
  3. eh.eh..bile masa pulak saya dilantik jadik bos awak?? hah? bile? bile? cer citer..cer citer.....

    ReplyDelete